WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TIADA PENINGKATAN TAHAP RADIASI DI NEGARA JIRAN IRAN – IAEA

02/03/2026 08:47 PM

MOSCOW, 2 Mac (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Tiada tahap radiasi berlebihan direkodkan di negara-negara jiran Iran, kata Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Pusat Insiden dan Kecemasan (IEC) IAEA sedang beroperasi, dengan pasukan khusus mengumpul maklumat dan menilai situasi sambil mengambil kira batas dalam komunikasi yang disebabkan oleh konflik.

"Rangkaian pemantauan keselamatan serantau telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan berhubung dengan kami secara berterusan. Setakat ini, tiada kenaikan paras radiasi melebihi paras latar belakang biasa dikesan di negara-negara yang bersempadan dengan Iran," kata Grossi dalam kenyataan pengenalan kepada Lembaga Gabenor.

Ketika ini, agensi berkenaan tidak mengesan sebarang tanda bahawa mana-mana fasiliti nuklear di Iran, termasuk Loji Kuasa Nuklear Bushehr, Reaktor Penyelidikan Tehran atau kemudahan kitaran bahan api nuklear lain mengalami kerosakan, kata Grossi.

“IAEA mengikuti serangan tentera di Iran dan Timur Tengah dengan kebimbangan,” kata Grossi.

“Usaha untuk menghubungi pihak berkuasa kawal selia nuklear Iran menerusi IEC diteruskan, tanpa sebarang maklum balas setakat ini. Kami berharap saluran komunikasi yang amat diperlukan ini dapat diwujudkan semula secepat mungkin," tambah Grossi.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan