SEREMBAN, 4 Mac (Bernama) -- Seorang wanita warga asing ditemukan maut dengan kesan kelar di leher di sebuah asrama pekerja asing di Nilai, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata pihaknya menerima panggilan daripada MERS 999 pada 11.21 malam daripada lelaki tempatan memaklumkan mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemukan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di tangga asrama tersebut.
“Pemeriksaan forensik mendapati terdapat kesan kelaran berulang pada leher mangsa menggunakan senjata tajam.
"Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan, bagaiamanapun polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur konflik peribadi atau kewangan berdasarkan keterangan awal yang diperoleh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Johari turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan menyeluruh.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial