KOTA KINABALU, 4 Mac (Bernama) -- Keadaan banjir di Sabah tidak banyak berubah apabila merekodkan 81 mangsa daripada 28 keluarga di Beaufort setakat 8 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan angka itu hanya berkurangan seorang daripada satu keluarga berbanding 82 mangsa daripada 29 keluarga yang direkodkan pada 4 petang semalam.
“Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara di Dewan DUN Banir yang dibuka sejak 25 Feb lepas,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan hanya lima kampung masih terkesan banjir pagi ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial