WILAYAH - SARAWAK > BERITA

GUARDIAN GALAK RAKYAT MALAYSIA HADIAHKAN KESEJAHTERAAN PADA HARI RAYA

06/03/2026 09:16 AM

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- guardian Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk melihat melangkaui tradisi dan menghayati bentuk penjagaan yang lebih mendalam serta berkekalan, iaitu hadiah kesejahteraan pada Aidilfitri ini.

 Pengarah Urusan Health and Beauty Malaysia dan Brunei Priscilla Wu dalam kenyataan hari ini berkata syarikat itu sedang merangka semula tradisi pemberian hadiah kerana selain duit raya dan hidangan perayaan, mereka menggalakkan rakyat Malaysia memberi sesuatu yang memelihara kesihatan dan menyokong kesejahteraan.

“Selain duit raya dan hidangan perayaan, kami menggalakkan rakyat Malaysia memberi sesuatu yang memelihara kesihatan dan menyokong kesejahteraan kerana ungkapan kasih sayang yang paling tulus adalah memastikan keluarga kita kekal dilindungi dan dijaga.

“Selama lebih 58 tahun, guardian berdiri di sisi rakyat Malaysia sebagai penasihat kesejahteraan yang dipercayai. Setiap hadiah kesihatan atau kecantikan yang dipilih dengan teliti menjadi lebih daripada sekadar produk, ia menjadi berkat yang berpanjangan melepasi tempoh perayaan,” katanya pada pelancaran kempen hari raya guardian, “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran” baru-baru ini.

Bagi membantu keluarga membuat persiapan hari raya, guardian menawarkan diskaun sehingga 50 peratus ke atas lebih 7,500 produk di semua cawangan seluruh negara dan secara dalam talian bagi memudahkan rakyat Malaysia memilih hadiah yang mengutamakan kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan harian.

Kenyataan itu memaklumkan mesej kempen dilihat melalui filem raya baharu guardian, “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”, yang memaparkan kisah Rina dan neneknya, menggambarkan bagaimana hadiah kesejahteraan yang ringkas dan penuh perhatian sepanjang tahun secara diam-diam mengukuhkan ikatan dan menyokong kesihatan mereka.

Filem itu berakhir dengan peringatan ikhlas bahawa hadiah hari raya yang paling bermakna adalah kesihatan yang baik, kasih sayang dan doa yang tulus, dan kini boleh ditonton di YouTube serta semua platform media sosial guardian.

Menurut kenyataan itu, sempena bulan Ramadan, guardian turut menjemput 80 kanak-kanak perempuan daripada pelbagai rumah kebajikan pada majlis pelancaran kempen yang diadakan di Orange Atrium, pusat beli-belah Sunway Pyramid.

Kanak-kanak perempuan itu mengambil bahagian dalam sesi kesejahteraan yang dikendalikan oleh ahli farmasi guardian dan rakan jenama terpilih sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat itu untuk memperkasakan belia Malaysia dengan pengetahuan kesejahteraan praktikal dan pendidikan penjagaan diri.

Kanak-kanak perempuan itu juga dibawa membeli-belah sempena hari raya di Orange Atrium dan cawangan guardian Sunway Pyramid, apabila mereka memilih produk kesihatan dan kecantikan yang diingini, dibimbing oleh ahli pasukan guardian serta petugas media, sebelum menikmati bufet buka puasa khas.

Selain itu, kenyataan itu memaklumkan sepanjang bulan Ramadan, guardian akan meneruskan sumbangan kesejahteraan amalannya, memberi manfaat kepada hampir 2,000 penerima daripada pelbagai rumah kebajikan melalui program jangkauan dan inisiatif kesejahteraan di beberapa komuniti dengan menyalurkan lebih RM55,000.

Bagi menjadikan musim perayaan ini lebih bermakna, ahli MYguardian Rewards boleh menyertai Peraduan Ganjaran Emas, dengan hadiah bernilai lebih RM80,000 untuk dimenangi dari 25 Feb hingga 31 Mac 2026.

Ahli yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 dalam satu resit termasuk jenama yang menyertai akan secara automatik layak memenangi hadiah utama berupa Set Rantai dan Loket Rama-Rama Emas 999 daripada Habib Jewels.

Hadiah lain termasuk empat hadiah kedua berupa Rantai Tangan Emas 999 daripada Habib Jewels dan 1,000 ganjaran mingguan berupa baucar RM50 Habib Jewels.

Sementara itu, menurut kenyataan itu, pada hari raya kali ini, Fiziwoo sekali lagi bekerjasama dengan guardian untuk mereka bentuk sampul hari raya eksklusif sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan guardian #LoveForLocal yang meraikan jenama tempatan yang luar biasa.

Rekaan ini memberi penghormatan kepada warisan Malaysia dengan motif batik kontemporari yang berani dan ahli yang membelanjakan RM68 dan ke atas akan menerima pek sampul raya Fiziwoo eksklusif yang mengandungi baucar RM5 guardian.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan