WILAYAH - SARAWAK > BERITA

UNIT EKOVEST METERAI PERJANJIAN KONSESI BAGI PROJEK LIKE RM2.32 BILION

06/03/2026 02:58 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Anak syarikat Ekovest Bhd, Lebuhraya DUKE Fasa 2A Sdn Bhd memeterai perjanjian konsesi dengan kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Lebuhraya Laluan Istana-Kiara (LIKE) dengan anggaran jumlah kos pembinaan RM2.32 bilion.

“Tempoh konsesi selama 54 tahun bermula dari tarikh kuat kuasa,” menurut Ekovest dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mengikut perjanjian itu, Ekovest akan melaksanakan reka bentuk dan pembinaan LIKE serta membekal dan memasang sistem kutipan tol dan peralatan lain di gantri tol/plaza tol, selain mengurus, mengendalikan dan menyelenggara kemudahan tersebut di LIKE sepanjang tempoh konsesi.

“Perjanjian itu juga membenarkan Ekovest menuntut, mengutip dan mengekalkan kutipan tol bagi manfaat sendiri daripada semua kenderaan yang dikenakan bayaran tol yang menggunakan LIKE semasa tempoh praoperasi (jika ada) dan tempoh operasi,” menurutnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan