WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MENTERI LUAR MALAYSIA, PAKISTAN BERTUKAR PANDANGAN MENGENAI SITUASI TIMUR TENGAH

07/03/2026 11:52 PM

NEW DELHI, 7 Mac (Bernama) – Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar pada Sabtu saling bertukar pandangan mengenai situasi serantau susulan peperangan Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran.

"Kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai situasi serantau dan menyatakan harapan agar keamanan serta kestabilan dapat dicapai di rantau berkenaan.

"Mereka bersetuju untuk terus berhubung rapat mengenai perkembangan semasa yang sedang berlaku," menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu hantaran di laman X.

Dar telah mengadakan siri perbincangan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari pelbagai negara sebagai sebahagian daripada usaha Pakistan untuk meredakan ketegangan di Timur Tengah.

Ketegangan terbaharu di Timur Tengah tercetus selepas AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Feb, yang mengorbankan lebih 1,000 orang termasuk Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu ke arah Israel dan aset-aset Amerika di rantau Teluk.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan