KOTA BHARU, 9 Mac (Bernama) --: Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia memperketatkan kawalan di sepanjang sempadan Sungai Golok, Rantau Panjang, Pasir Mas, berikutan sungai itu semakin cetek akibat musim kemarau.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata langkah itu diambil bagi mengekang aktiviti penyeludupan termasuk dadah dan senjata api yang mungkin mengambil kesempatan daripada keadaan geografi semasa.
Beliau berkata kekuatan anggota setakat ini dikekalkan dan pihaknya mempertingkatkan risikan serta menggunakan dua unit dron daripada Pasukan Gerakan Udara dan Kementerian Dalam Negeri untuk memantau sempadan setiap hari.
"Setakat ini, tiada cubaan penyeludupan secara besar-besaran dikesan masuk ke Kelantan.
"Namun, semalam pihak berkuasa Thailand berjaya merampas kira-kira 500 kilogram pil Yaba di negara itu yang dipercayai cuba dihantar ke Kelantan menggunakan taktik perkhidmatan kurier," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bakul Ramadan An'Nisa kepada 60 asnaf dan ibu tunggal di sini, hari inI.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai situasi semasa Sungai Golok yang semakin cetek berikutan musim panas di Kelantan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial