WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MALAYSIA, UNOOSA PERKUKUH KERJASAMA TEKNOLOGI ANGKASA

09/03/2026 09:29 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Hal Ehwal Angkasa (UNOOSA) memperkukuh kerjasama dalam pembangunan teknologi angkasa khususnya berkaitan teknologi satelit negara dan pembangunan bakat tempatan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dibincangkan ketika beliau menerima kunjungan hormat delegasi UNOOSA yang diketuai pengarahnya, Aarti Holla-Maini di pejabatnya di sini hari ini.

“Antara inisiatif yang dibincangkan ialah penubuhan Pusat Kecemerlangan (COE) Teknologi Satelit melalui kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-ReOrbit serta pembangunan bakat melalui pendekatan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Aras Tinggi (Hi-TVET).

“Usaha ini bertujuan memastikan generasi muda negara mendapat pendedahan awal terhadap bidang teknologi angkasa, daripada reka bentuk sistem satelit hingga aplikasi pemerhatian bumi,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini. 

Ahmad Zahid berkata UNOOSA turut menyatakan kesediaan untuk memperluas kerjasama akademik dan industri, termasuk pembangunan program undang-undang angkasa serta jaringan dengan universiti dan syarikat teknologi angkasa di peringkat antarabangsa.

“Saya menghargai komitmen yang dizahirkan oleh UNOOSA dalam menyokong usaha Malaysia membangunkan ekosistem teknologi satelit dan bakat tempatan. Insya-Allah, langkah ini akan membantu negara melangkah lebih jauh dalam bidang teknologi masa depan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan