WILAYAH - SARAWAK > BERITA

DUA SUSPEK RAGUT WARGA SEPANYOL DITAHAN

12/03/2026 02:31 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki pada Jumaat lepas, yang disyaki terlibat dalam satu kejadian ragut, sehingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang warga Sepanyol di kawasan Taman Midah, Cheras, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud berkata kedua-dua suspek berumur 27 dan 28 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Cheras bagi membantu siasatan.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden yang menimpa mangsa berusia 20-an itu pada 1.59 tengah hari, 17 Feb.

"Turut dirampas ialah beberapa peralatan dipercayai digunakan oleh suspek semasa melakukan jenayah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rosdi berkata dalam kejadian itu, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM2,000 selain menerima rawatan di hospital akibat kecederaan tisu lembut pada bahagian lutut, bahu dan tangan kiri.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan semua suspek direman selama tujuh hari bermula Sabtu lepas hingga esok bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan