WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TRAFIK DI BEBERAPA LEBUH RAYA UTAMA PERLAHAN PAGI INI

20/03/2026 09:23 AM

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pagi ini susulan orang ramai pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 8 pagi, hanya dua lokasi utama, iaitu Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mengalami kesesakan manakala laluan lain termasuk menghala ke Selatan masih terkawal.

“Di Lebuhraya LPT, aliran trafik perlahan antara Lentang ke Bentong disebabkan pertambahan kenderaan yang tinggi.

“Kesesakan turut dikesan di Lebuhraya KL-Karak bagi arah Timur dengan trafik perlahan 9.8 kilometer (KM) dari KM48.1 hingga KM57.9 (Bukit Tinggi) disebabkan sebuah kenderaan rosak yang menghalang lorong laju,” katanya semasa dihubungi Bernama.

Di Lebuhraya PLUS, trafik perlahan dari arah Kuala Kangsar ke Changkat Jering susulan treler rosak di KM264.4 arah Utara dari Ipoh Utara ke Kuala Kangsar yang menyebabkan lorong kiri terhalang, namun keadaan trafik masih terkawal.

Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dengan teliti dan mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan panjang.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan