WILAYAH - SARAWAK > BERITA

FILEM GAYONG 2 BAKAL DITAYANG 9 APRIL INI

20/03/2026 02:33 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Filem Gayong 2 bakal ditayangkan di pawagam bermula 9 April ini selepas kejayaan filem pertamanya pada tahun lepas yang mencatat kutipan melebihi RM4 juta.

Media Prima Content & TV Networks menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, filem itu dijangka tampil dengan skala lebih besar menerusi penceritaan yang lebih mendalam serta aksi lebih mendebarkan.

Menurut syarikat itu, menerusi filem pertama penonton dibawa menyelami perjalanan awal Pengasas Silat Gayong dari Perak, Datuk Meor Abdul Rahman dalam mempertahankan maruah, warisan dan jati diri melalui ilmu persilatan.

“Kisah perjuangan, pengorbanan serta semangat bangsa yang diangkat bukan sahaja menyentuh emosi, malah meninggalkan impak yang cukup mendalam kepada penonton.

“Gayong 2 menjanjikan pengalaman yang lebih menyeluruh, menghiburkan dan pada masa sama meninggalkan kesan yang berpanjangan kepada penonton. Ini adalah kesinambungan yang dinanti dan diyakini mampu mengatasi jangkaan,” menurut kenyataan itu.

Filem yang diinspirasikan daripada kisah benar itu sekali lagi dihidupkan oleh pelakon, Beto Kusyairi yang dijangka terus membawa dimensi baharu kepada figura seorang tokoh legenda yang begitu dekat dengan warisan dan identiti budaya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut orang ramai boleh melayari platform media sosial rasmi Primeworks Studios.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


MAFZ ERKB AYU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan