WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TRAFIK KE LEMBAH KLANG DIJANGKA BERTAMBAH MULAI TENGAH HARI, PLUS AKTIFKAN 30 LOKASI "SMART LANE"

23/03/2026 09:54 AM

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang bergerak lancar dan terkawal pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pihaknya menjangkakan pertambahan trafik bermula tengah hari ini susulan orang ramai mula pulang selepas meraikan Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

"Hanya berlaku sedikit kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Bidor ke Tapah," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihak PLUS juga telah mengaktifkan “Smart Lane” di 30 lokasi mulai 7 pagi tadi sehingga 11 malam ini bagi membantu kelancaran aliran trafik.  

Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihak konsesi, selain memastikan mendapat rehat mencukupi sebelum memulakan pemanduan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan kamera litar tertutup (CCTV) trafik di laman web rasmi agensi berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan