WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PENDANG, BALING DILANDA GELOMBANG HABA TAHAP DUA

23/03/2026 06:17 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Daerah Pendang dan Baling di Kedah menjadi kawasan terbaharu dilanda gelombang haba atau cuaca panas tahap dua, dengan suhu maksimum harian mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius setakat 4 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa status cuaca panas di Padang Terap, Kedah juga kekal pada tahap dua.

Menurut MetMalaysia, sebanyak 15 kawasan lain di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap Satu (berjaga-jaga) termasuk seluruh Perlis, Kuala Lumpur  serta daerah Sik, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah. 

"Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang, selain Hulu Perak, Selama, Kinta dan Kuala Kangsar di Perak," menurut kenyataan itu.

MetMalaysia menjelaskan gelombang haba tahap dua berlaku apabila suhu harian berada antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut, manakala tahap berjaga-jaga dicatat apabila suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tempoh sama.

Orang ramai boleh merujuk status cuaca panas terkini di laman web rasmi MetMalaysia di  www.met.gov.my 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan