WILAYAH - SARAWAK > BERITA

AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI POLIS, HARGAI PENGORBANAN WARGA PDRM

25/03/2026 11:30 AM

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Polis ke-219 kepada seluruh warga dan veteran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM, turut menzahirkan penghargaan atas pengorbanan anggota polis yang sentiasa bersedia menjalankan tugas tanpa mengira masa dan keadaan, demi keamanan serta kesejahteraan rakyat dan negara.

Sultan Ibrahim bertitah pengorbanan warga PDRM yang sentiasa bersedia menjalankan tugas dalam apa-apa jua keadaan, termasuk ketika musim perayaan dan situasi kecemasan, amat dihargai kerana mereka adalah antara benteng utama keselamatan negara.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa melindungi seluruh warga pasukan polis dalam setiap tugas yang dilaksanakan.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan