WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TUGAS POLIS BUKAN SEKADAR PROFESION, TETAPI AMANAH BESAR - SAIFUDDIN NASUTION

25/03/2026 11:51 AM

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Tugas seorang anggota polis bukan sekadar profesion, tetapi satu amanah besar kepada negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga menjalankan tugas tanpa mengira waktu dan keadaan demi memastikan keamanan serta ketenteraman negara kekal terpelihara.

“Hari ini kita meraikan sebuah institusi yang telah berdiri teguh menjaga keamanan negara sejak lebih dua abad iaitu PDRM. 

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga (polis). Jasa dan pengorbanan anda semua sentiasa dihargai dan dikenang,” katanya yang menzahirkan ucapan penghargaan sempena Hari Polis ke-219 menerusi hantaran di laman Facebook. 

Saifuddin Nasution turut berharap agar PDRM terus kekal profesional serta berintegriti dalam memikul tanggungjawab sebagai institusi yang sentiasa dekat di hati rakyat.

-- BERNAMA

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut merakam ucapan sama sambil mendoakan kesejahteraan pasukan polis khususnya ketika mereka melaksanakan tugas.

“Terima kasih atas jasa dan pengorbanan kalian dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.

“Semoga terus tabah, cekal, serta sentiasa bertugas dengan penuh integriti, amanah dan tanggungjawab.Selamat Hari Polis!,” katanya di laman Facebook.

Turut merakamkan ucapan Selamat Hari Polis ke-219 ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan