WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS MOHON BANTUAN KESAN LELAKI HILANG DI PETALING JAYA

27/03/2026 10:34 AM

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kawasan kediamannya di Pangsapuri D’Rimba, Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini 15 Mac lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata lelaki berkenaan Cheah Yew Wei, 33, mempunyai fizikal sederhana dengan ketinggian 178 sentimeter dan berat sekitar 100 kilogram serta memakai kaca mata.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menerima laporan kehilangan lelaki itu pada 9.52 pagi, Rabu lepas.

“Beliau kali terakhir dilihat di lokasi berkenaan kira-kira 8 malam dengan memakai seluar panjang dan singlet warna hitam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat SM Roszaidi Abdul Talib di talian 019-3778383 / 03-61421222 atau Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan