WILAYAH - UTARA > BERITA

SUAMI ISTERI MANGSA BUNUH DI MERBOK SELAMAT DIKEBUMIKAN

27/03/2026 11:23 PM

SUNGAI PETANI, 27 Mac (Bernama) -- Jenazah pasangan suami isteri mangsa bunuh di Kampung Belau, Merbok selamat dikebumikan pada 9 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Atiq, di sini. 

Dua kenderaan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa jenazah Zikri Abdul Rahman, 65, dan isterinya, Suraya Man, 53, tiba di masjid berkenaan pada 7 malam, selepas dituntut keluarga dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar petang tadi.

Kira-kira 300 orang terdiri daripada saudara mara dan penduduk kampung hadir pada upacara pengebumian yang bermula selepas solat maghrib.

Anak tunggal Zikri, Mohammad Shahmi, 24, seorang anggota tentera yang bertugas di Kuala Lumpur ketika ditemui pemberita bagaimanapun enggan ditemu bual.

Semalam media melaporkan tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tragis di rumah mereka di kampung berkenaan.

Jenazah anak kepada mangsa wanita, yang merupakan suspek kes itu, dikebumikan petang semalam selepas selesai bedah siasat dijalankan di hospital yang sama.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan