WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PERLIS, SEBAHAGIAN KEDAH DAN PERAK ALAMI GELOMBANG HABA

28/03/2026 11:24 AM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Lima daerah di Kedah, selain Hulu Perak di Perak serta seluruh negeri Perlis merekodkan gelombang haba Tahap 2 setakat 6 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah yang terlibat dengan gelombang haba di Kedah ialah Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena dan Kota Setar.

Berdasarkan rekod yang dikemas kini di laman rasmi MetMalaysia, beberapa kawasan lain di Kedah merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga melibatkan Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pulau Langkawi.

Cuaca panas Tahap 1 turut dilaporkan di Perak Tengah, Kinta, Kuala Kangsar dan Selama di Perak; Timur Laut serta Daerah Utara di Pulau Pinang; Jerantut di Pahang; dan Lubok Antu di Sarawak.

Kriteria cuaca panas Tahap 2 atau gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius, manakala Tahap 1 pula melibatkan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Kedua-dua tahap ini direkodkan apabila suhu berkenaan berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan