ALOR GAJAH, 30 Mac (Bernama) -- Reman lima suspek berhubung penemuan rangka bayi di hadapan sebuah rumah di Kelemak pada Rabu lepas, disambung tiga hari bermula semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata lanjutan reman sehingga esok itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran.
Khamis lepas, seorang remaja perempuan 19 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi itu dan teman lelakinya direman berhubung penemuan rangka yang dipercayai ditanam kira-kira empat bulan lepas.
Polis turut menahan reman tiga ahli keluarga perempuan itu, iaitu ibu, kakak dan adik lelakinya dengan semua mereka berusia antara 16 hingga 40 tahun.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial