WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PEMENANG HADIAH NOBEL TELITI FAKTOR PERKEMBANGAN PESAT DI CHINA

30/03/2026 03:48 PM

SHANGHAI, 30 Mac (Bernama-CMG) -- Pemenang Hadiah Nobel bagi kategori ekonomi dari Amerika Syarikat (AS) Thomas J. Sargent menyatakan bahawa pelaksanaan dasar pintu terbuka secara konsisten sejak beberapa dekad lalu merupakan antara faktor utama kejayaan pembangunan pesat China.

Beliau berkata China secara sistematik melaksanakan dasar pintu terbuka, menggalakkan perdagangan barangan dan perkhidmatan, memperluas perdagangan rentas sempadan serta memudahkan pelepasan kastam di pelbagai pintu masuk negara.

"Pelaksanaan langkah-langkah ini disokong tujahan strategik peringkat tinggi yang menyemarakkan semangat kreativiti, keusahawanan serta penyelidikan sains. Kini China berada di barisan hadapan dalam pelbagai bidang teknologi dan sains, hasil keputusan pimpinan pusat dan usaha gigih rakyatnya," kata Sargent dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Mengulas mengenai Rancangan Lima Tahun (FYP) Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan China, Sargent menyatakan bahawa terdapat ketersambungan yang konsisten dalam pelaksanaan setiap FYP yang wujud sebagai strategi makro di China.

“Pada pandangan saya, perancangan seperti ini dirangka dengan pertimbangan yang sangat teliti. Ia memerlukan keseimbangan menyeluruh dalam setiap aspek pembangunan dan bukan sekadar memberi tumpuan kepada satu arah utama sahaja. Saya menghargai pendekatan perancangan seperti ini,” katanya.

Dalam temu bual itu, Sargent juga memuji komitmen China dalam meningkatkan tahap keterbukaan, melaksanakan dasar yang stabil, memberi penekanan terhadap pendidikan dan merangsang inovasi sains dan teknologi. 

"Peraturan yang kukuh, kreadibiliti, dan kerjasama yang terbuka boleh menjadi asas penting untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan keyakinan dalam era ketidakpastian ini," tambah beliau.

Sargent bersama Christopher Sims pernah memenangi Hadiah Nobel Ekonomi pada 2011 menerusi sumbangan mereka dalam "kajian empirik mengenai hubungan sebab dan akibat dalam ekonomi makro".

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan