AM

PM ANWAR DIJADUAL TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA AS KE MALAYSIA PETANG INI

11/03/2025 12:58 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard D. Kagan, petang ini. 

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata Anwar dan Kagan dijangka membincangkan hubungan dan kerjasama antara kedua negara meliputi pelbagai bidang selain kepengerusian ASEAN 2025, terutamanya Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat.

Beliau berkata butiran lanjut mengenai hasil pertemuan itu akan dimaklumkan kemudian.

Tunku Nashrul berkata demikian pada taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan