AM

KKB AGIH 1,000 BEKAS BUBUR LAMBUK KEPADA PETUGAS BERNAMA

19/03/2025 06:20 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bagi meraikan Ramadan yang penuh keberkatan, Kelab Kakitangan Bernama (KKB) telah memasak dan mengagihkan 1,000 bekas bubur lambuk kepada petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Timbalan Presiden KKB Mohd Shukri Ishak berkata 30 ahli KKB terlibat dalam program memasak bubur lambuk dan mengagihkannya kepada petugas Bernama. 

“Pada hari ini ahli KKB secara bergotong-royong telah menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada petugas Bernama sempena bulan yang mulia ini,” katanya pada program Agihan Bubur Lambuk di Wisma Bernama.

Program ini turut mendapat kerjasama beberapa syarikat antaranya AEON, Bernas, Julie’s, Pusat Pakaian Hari-Hari dan W.O.T .

Turut hadir pada program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama merangkap Presiden KKB Arul Rajoo Durar Raj.

Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata sempena Aidilfitri yang bakal menjelma KKB juga akan menyampaikan sumbangan kepada petugas dan ahli kelab tersebut.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan