AM

SEDA MALAYSIA DAN JAKEL RAI ANAK YATIM, ASNAF BELI KELENGKAPAN RAYA

20/03/2025 11:51 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) --  Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia dan Kumpulan Jakel meraikan anak-anak yatim serta asnaf menerusi program Shopping Raya sempena menyambut ketibaan Syawal.

SEDA dalam kenyataan hari ini memaklumkan program itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat Tautan Kasih SEDA Malaysia dan merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan sejak 2021 bersama rumah anak yatim serta asnaf terpilih.

Ketua Pegawai Operasi SEDA  Koh Keng Sen berkata program itu yang melibatkan kerjasama  Kumpulan Jakel menyantuni 39 anak yatim dan miskin Rumah Jalinan Kasih, Cheras dengan membantu mereka memilih kelengkapan Aidilfitri.

“Program Shopping Raya ini bertujuan untuk meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan sekali gus berkongsi kemeriahan Aidilfitri dengan harapan program ini dapat memberikan keceriaan kepada anak-anak Rumah Jalinan Kasih dan menyemarakkan lagi amalan bersedekah di bulan Ramadan.

“Sejumlah RM20,000 disumbangkan bagi program ini untuk pembelian sepersalinan kelengkapan raya oleh anak-anak Rumah Jalinan Kasih yang berumur satu hingga 17 tahun serta sumbangan berbentuk goodies dan duit raya,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan