KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini, seiring dengan pendasar pasaran tunai.
Mac 2025, April 2025 serta September 2025, semua naik sebanyak 6.0 mata kepada 1,500.0, 1,505.0 dan 1,492.0, manakala April 2025 memperoleh 6.5 mata kepada 1,502.50.
Jumlah dagangan melonjak kepada 15,437 lot berbanding 9,030 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 54,340 kontrak daripada 45,533 kontrak.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 1.29 mata kepada 1,505.45 daripada 1,504.16.
-- BERNAMA