AM

TUNKU MAHKOTA ISMAIL BERANGKAT MELAWAT MANGSA BANJIR

23/03/2025 06:12 PM

JOHOR BAHRU, 23 Mac (Bernama) -- Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat melawat dan memberikan sumbangan kepada beberapa keluarga yang terkesan dengan banjir di Taman Tampoi Indah, di sini hari ini.

Dalam hantaran menerusi laman Facebook baginda, Tunku Ismail turut meluangkan masa menyantuni sukarelawan pembersihan di pekarangan Masjid Taman Tampoi Indah.

“Atas titah baginda, Southern Volunteers telah digerakkan untuk memberikan bantuan segera kepada mangsa banjir dan membantu membersihkan kawasan yang terlibat,” menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan