AM

KESUMA SERAH FAEDAH PERKESO KEPADA TUJUH PENERIMA

25/03/2025 09:12 PM

PUTRAJAYA, 25 Mac (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyerahkan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada tujuh penerima hari ini.

Faedah termasuk pencen seumur hidup, pencen ilat sepanjang hayat dan pencen penakat itu disalurkan kepada mereka yang kehilangan ketua keluarga akibat komplikasi jantung dan pneumonia, individu dengan penyakit kronik dan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Faedah disampaikan Menteri Sumber Manusia Steven Sim sempena Majlis Ramadan KESUMA di sini hari ini.

Majlis bermula pada 6.30 petang itu diteruskan dengan takzirah Ramadan oleh Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Turut hadir Ketua Setiausaha KESUMA Datuk Azman Mohd Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) KESUMA Dr Mohd Shaharin Umar dan lebih 300 warga KESUMA.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan