JOHOR BAHRU, 26 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor kekal 909 orang daripada 275 keluarga setakat 8 pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata semua mangsa ditempatkan di 10 PPS yang beroperasi di dua daerah terjejas iaitu Batu Pahat dan Pontian.
“Daerah Batu Pahat mencatatkan 619 mangsa daripada 193 keluarga, sementara Pontian pula merekodkan 290 orang daripada 82 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata keadaan cuaca di sembilan daerah di negeri itu dijangka cerah kecuali Pontian yang kelihatan mendung pagi ini.
-- BERNAMA