AM

LEBIH 10,000 PAKET BUBUR LAMBUK ISTANA JOHOR DIEDARKAN KEPADA RAKYAT

26/03/2025 05:18 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Lebih 10,000 paket bubur lambuk Istana Johor diedarkan kepada rakyat di seluruh Johor sejak 5 Mac hingga semalam (25 Mac) sempena bulan Ramadan. 

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, serahan bubur lambuk itu dilakukan oleh Penyelia Istana Johor PW1 (B) Faizol Abdullah kepada wakil Pejabat Daerah sebelum diedarkan kepada masyarakat di setiap mukim, dengan agihan terakhir melibatkan 2,000 paket di Muar dan Tangkak.

“Alhamdullilah, berakhirnya pengagihan bubur lambuk yang telah dilaksanakan sebanyak sepuluh kali untuk setiap daerah di Johor dan jabatan-jabatan yang terlibat,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Faizol turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Istana Johor termasuk mereka yang secara sukarela turun padang bekerjasama bagi memastikan proses pengagihan bubur lambuk itu berjalan lancar.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan