KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah semasa awal dagangan pada Jumaat.
Pada 9.15 pagi, Mac 2025 susut 5.0 mata kepada 1,527.5, April 2025 turun 6.0 mata kepada 1,524.0, Jun 2025 berkurangan 7.0 mata kepada 1,517.0, dan September 2025 merosot 7.5 mata kepada 1,505.5.
Jumlah dagangan mencecah 3,100 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 51,715 kontrak.
Selepas 36 minit dagangan, FBM KLCI turun 7.38 mata kepada 1,528.35 daripada 1,535.73 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA
© 2025 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan