DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

28/03/2025 09:41 PM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, mencerminkan momentum positif di pasaran emas COMEX.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2025 naik kepada US$3,070.40 setiap auns troy berbanding US$3,032.00 setiap auns troy pada Khamis, manakala April 2025 menokok kepada US$3,080.20 setiap auns troy daripada US$3,041.80 setiap auns troy sebelum itu.

Kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 semuanya naik kepada US$3,090.20 setiap auns troy daripada US$3,051.80 auns troy semalam.

Jumlah dagangan merosot kepada 32 lot daripada 114 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka susut kepada 78 kontrak daripada 195 kontrak sebelum itu.

Menurut London Bullion Market Association pada pada 27 Mac, harga emas fizikal adalah US$3,056.55 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan