JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM TAHAN KETUA CAWANGAN JABATAN KERAJAAN DI KELANTAN

07/04/2025 10:40 PM

KOTA BHARU, 7 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ketua cawangan sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan mengesyorkan projek baik pulih fasiliti di Gua Musang bernilai kira-kira RM100,000.

Menurut sumber, lelaki berumur 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang tadi di pejabatnya oleh sepasukan pegawai SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek dijangka dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Gua Musang pagi esok.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan