KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pagi ini, mencerminkan kekuatan awal dalam pasaran tunai.
Pada 9.21 pagi, kontrak April 2025 dan Jun 2025, masing-masing naik 24.5 mata kepada 1,472.5 dan 1,467.5, Mei 2025 menambah 23.5 mata kepada 1,470.0 dan September 2025 meningkat 24.0 mata kepada 1,454.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,361 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,325 kontrak.
Sementara itu, FBM KLCI naik 20.99 mata kepada 1,475.75 selepas 42 minit dagangan daripada 1,454.76 pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA