AM

PENGARAH URUSAN KUMPULAN JOHAWAKI MENINGGAL DUNIA

13/11/2025 12:38 PM

‎SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) -- Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Johawaki Holdings Sdn Bhd Datuk Johari Mat meninggal dunia pada 11.30 malam semalam pada usia 74 tahun. 

‎‎Anaknya Mohamad Akmal Johari yang mengesahkan berita itu berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Avisena, Seksyen 14 di sini. 

‎‎Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di Facebook turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. 

‎‎Beliau berkata pemergian Allahyarham itu kehilangan besar kepada keluarga, sahabat serta seluruh rakan korporat yang pernah mengenalinya. 

‎‎"Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh," katanya yang turut berkesempatan menziarahi jenazah Allhayarham. 

‎‎Menurut makluman dikongsikan keluarga, jenazah diuruskan di Surau Al-Munawarah Seksyen 13 dan  sebelum disolatkan pada 10 pagi. 

Jenazah kemudian dibawa ke Surau Khalid Al-Walid Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk disolatkan buat kali kedua selepas solat zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

‎-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan