DUNIA

TERUSKAN MOMENTUM, INDEKS UTAMA BURSA MALAYSIA NAIK 8.93 MATA PADA TENGAH HARI

26/11/2025 02:08 PM

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatan pada tengah hari ini ketika pelabur mengalihkan semula minat terhadap saham-saham wajaran tinggi susulan sentimen positif di pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok sebanyak 8.93 mata atau 0.55 peratus kepada 1,620.67 daripada paras 1,611.74 pada akhir dagangan semalam.

Indeks itu yang dibuka meningkat 4.39 mata kepada 1,616.13, turut bergerak dalam julat 1,614.41 hingga 1,621.79 pada sesi dagangan awal hari ini.

Bagaimanapun, pasaran secara meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 543 berbanding 425 manakala 515 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,318 tidak diniagakan dan 82 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan mencecah 2.50 bilion unit yang bernilai RM1.41 bilion.

Sementara itu, firma pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota tinjauannya berkata minat belian baharu di bursa tempatan itu didorong oleh peningkatan semula prestasi semalaman Wall Street.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik satu sen kepada RM9.99, Public Bank meraih lima sen kepada RM4.35, CIMB menambah sembilan sen kepada RM7.56 manakala Tenaga Nasional dan IHH meningkat empat sen masing-masing kepada RM13.14 dan RM8.08.

Bagi saham paling aktif, Aizo turun 2.5 sen kepada 4.5 sen, TWL dan Malayan United Industries tidak berubah pada 2.5 sen serta 5.5 sen, D&O Green Tech turun 18.5 sen kepada 90.5 sen manakala Tanco menambah dua sen kepada RM1.10.

Kaunter paling untung diterajui Hong Leong Industries yang melonjak 60 sen kepada RM14.94, Allianz dan BLD Plantation menokok 44 sen masing-masing kepada RM18.52 serta RM15 manakala Petronas Dagangan serta KOTRA meraih 16 sen masing-masing kepada RM20.78 dan RM4.36.

Sebaliknya, kaunter dengan kerugian ketara adalah KL Kepong yang susut 48 sen kepada RM20.56, Kelington dan MPI masing-masing turun 18 sen kepada RM5.22 dan RM32.86, DRB-Hicom dan Greatech pula berkurangan 13 sen kepada RM1.17 dan RM1.66.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 41.38 mata kepada 12,027.73, Indeks FBM Emas Shariah menokok 22.48 mata kepada 11,988.0 dan Indeks FBMT 100 menambah 50.99 mata kepada 11,807.42.

Indeks FBM ACE pula turun 31.85 mata kepada 4,893.19 dan Indeks FBM Mid 70 naik 11.84 mata kepada 16,958.64.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 125.27 mata kepada 18,594.27, Indeks Produk & Perkhidmatan Industri meraih 0.88 mata kepada 164.43 manakala Indeks Perladangan susut 54.68 mata kepada 8,177.54 dan Indeks Tenaga berkurangan 3.20 mata kepada 757.12.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan