KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.
Pada penutup dagangan, kontrak November 2025 merosot 14.0 mata kepada 1,616.5, Disember 2026 tidak berubah pada 1,623.5, Mac 2026 berkurangan 7.5 mata kepada 1,608.0 dan Jun 2026 menurun 5.5 mata kepada 1,613.5.
Jumlah dagangan merosot kepada 25,401 lot daripada 92,816 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 68,288 kontrak daripada 138,216 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 7.04 mata atau 0.43 peratus kepada 1,617.46 daripada 1,624.50 semasa ditutup semalam.
-- BERNAMA
