Daripada Ahmad Nazrin Syahmi Mohamad Arif
BANGKOK, 15 Dis (Bernama) -- Perenang negara Khiew Hoe Yean merangkul pingat emas kedua di temasy Sukan SEA Thailand 2025 selepas muncul juara dalam acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki di Kolam Renang Sports Authority of Thailand here, today.
Hoe Yean menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 3 minit 50.63 saat (s), mengatasi pesaing dari Vietnam, Tran Van Nguyen Quoc, yang meraih pingat perak dengan masa 3:53.18s, manakala rakan senegara, Nguyen Huy Hoang membawa pulang gangsa dengan masa 3:53.50s
.Kejayaan itu menyaksikan atlet berusia 23 tahun berkenaan memenangi lebih daripada satu pingat emas dalam satu edisi Sukan SEA buat kali pertama, selepas menjuarai acara 200m gaya bebas, semalam.
Seorang lagi perenang negara Muhammad Dhuha Zulfikry menamatkan saingan di kedudukan kelapan dengan catatan 4:04.29s.
Malaysia turut meraih pingat perak menerusi Andrew Goh dalam acara 50m kuak dada lelaki yang mencatatkan 27.96s, di belakang wakil Singapura, Chan Chun Ho (27.68s), manakala perenang Indonesia, Felix Viktor Iberle membawa pulang gangsa (28.02s.).
Dalam acara 100m kuak kupu-kupu lelaki, Goh Li Hen menyumbang pingat gangsa dengan catatan 2:03.02s.
Emas menjadi milik perenanh Thailand Wongsakorn Patsamarn (2:02.87s) manakala Mochammad Akbar dari Indoneisa meraih perak (2:06.46s) dan seorang lagi perenang negara Goh Li Jie jauh ketinggalan di kedudukan kelapan (2:08.48s).
Dalam kategori wanita, Lim Shun Qi menamatkan acara 50m kuak kupu-kupu di tempat keenam dengan 28.19s,manakala wakil Vietnam,Quah Ting Wen memenangi emas dengan rekod temasya 26.42s, diikuti Miranda Cristina Renner (Filipina,26.93s) dan Jenjira Srisa-Ard ( Thailand, 26.96s).
Secara keseluruhan, skuad renang negara menutup edisi kali ini dengan pungutan pungutan memberangsangkan, disokong oleh dua emas dalam acara gaya bebas lelaki serta tiga perak dan enam gangsa daripada gabungan acara individu dan berganti-berganti.
Skuad negara juga mencatat rekd baharu kebangsaan, termasuk dalam acara 50m gaya bebas lelaki melalui bakat muda Tong Yu Jing serta dalam acara 4x200m gaya bebas lelaki yang disertai Khiew Hoe Yean, Lim Yin Chuen, Terence Ng dan Arvin Shaun Singh Chahal.
Untuk rekod, Malaysia mengumpul satu emas, tiga perak dan empat gangsa pada edisi Sukan SEA 2023 di Kemboja.
-- BERNAMA
