AM

AMARAN HUJAN BERTERUSAN DI TIGA NEGERI BERMULA 5 JAN

03/01/2026 03:16 PM

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) susulan jangkaan hujan berpanjangan di beberapa negeri bermula minggu hadapan.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula 5 hingga 8 Jan.  

Hujan berterusan turut diramalkan melanda beberapa daerah di Pahang, iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, dari 6 hingga 8 Jan.  

-- BERNAMA

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan