AM

SABAH ALU-ALUKAN PELABUR JEPUN TEROKA EKONOMI BIRU NEGERI ITU

13/02/2026 05:19 PM

KOTA KINABALU, 13 Feb (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan pelaburan dari pelabur Jepun ke negeri itu terutamanya dalam sektor Ekonomi Biru.

Hajiji berkata Ekonomi Biru menawarkan banyak peluang pelaburan. 

"Dasar mesra pelabur kerajaan negeri juga membuka pintu kepada pelbagai sektor ekonomi untuk diteroka pelabur," katanya dalam satu kenyataan selepas pertemuan dengan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shikata Noriyuki, di Sri Gaya di sini, hari ini.

Shikata berada di Sabah untuk lawatan rasmi selama tiga hari dan akan melawat Universiti Malaysia Sabah serta mempromosikan Green×Expo 2027 yang diadakan di Yokohama, Jepun.

Duta Besar berkenaan diiringi oleh Ketua Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu, Yamashita Yoshito dan wakil Jepun ke Malaysia.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan