KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri keuntungan lima hari berturut-turut untuk ditutup lebih rendah hari ini, walaupun pasaran emas COMEX AS terus menunjukkan pengukuhan.
Pada penutupan, kontrak bulan semerta Februari 2026 susut kepada US$4,977.30 satu auns troy daripada US$5,081.10 yang dicatatkan pada hari Khamis. Mac jatuh kepada US$4,994.30 daripada US$5,098.10, manakala April dan Mei menurun kepada US$5,011.90 daripada US$5,115.80.
Kontrak Jun dan Ogos juga melemah, berakhir pada US$5,045.80 satu auns troy berbanding US$5,149.70 sebelum ini.
Jumlah dagangan merosot kepada enam lot daripada lapan, dan kepentingan terbuka mengecil kepada 91 kontrak berbanding 108 sebelumnya.
Berdasarkan penetapan tengah hari 12 Feb 2026 di London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$5,043.15 satu auns troy.
-- BERNAMA
