EKONOMI

BMW MALAYSIA LANCAR KEMPEN ‘MARCH INTO JOY’ DENGAN TAWARAN EKSKLUSIF BAGI MODEL TERPILIH

04/03/2026 04:10 PM

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- BMW Malaysia akan melancarkan acara jualan seluruh negara melalui program BMW March Into Joy dari 6 hingga 8 Mac, 2026 dan menjemput pelanggan untuk meneroka tawaran eksklusif bagi beberapa model BMW terpilih di semua pengedar sahnya di seluruh negara.

Syarikat itu berkata antara model BMW terpilih yang ditawarkan ialah BMW 218 Gran Coupe Sport yang datang dengan kadar faedah rendah daripada 0.81 peratus dengan tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun, ansuran bulanan bermula dari RM1,688 melalui BMW Financial Services.

“Tawaran ini turut merangkumi pakej Servis dan Pembaikan Inklusif BMW percuma selama empat tahun. Unit adalah terhad bagi kempen istimewa ini dari sekarang hingga 31 Mac,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BMW Malaysia berkata pelanggan juga boleh menikmati faedah daripada pelan pembiayaan “BMW Straight Line” dengan kadar faedah serendah 1.68 peratus bagi model-model terpilih dan Servis Inklusif BMW percuma selama enam tahun dan Pembaikan Inklusif BMW selama lima tahun bagi model yang layak.

Kumpulan itu menambah pelanggan boleh menikmati pelbagai aktiviti dan promosi khas di bilik pameran pengedar yang sah dan pelanggan disarankan menghubungi pengedar pilihan mereka kerana aktiviti dan promosi mungkin berbeza mengikut pengedar dan lokasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen BMW March Into Joy boleh didapati di laman web rasmi BMW Malaysia dan pelanggan juga boleh mencari pengedar sah BMW terdekat melalui halaman penentu lokasi pengedar. 

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan