DOHA, 4 Mac (Bernama-QNA) -- QatarEnergy pada Rabu mengumumkan bahawa ia telah mengisytiharkan “force majeure” kepada pembeli yang terjejas susulan keputusan awal untuk menghentikan pengeluaran gas asli cecair (LNG) serta produk berkaitan, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Dalam satu kenyataan, QatarEnergy berkata pihaknya menghargai hubungan dengan semua pihak berkepentingan dan akan terus memberikan maklumat terkini apabila maklumat lanjut tersedia.
“Force majeure” dalam industri minyak dan gas ialah satu peruntukan kontrak yang melepaskan pihak berkenaan daripada melaksanakan kewajipan seperti pembekalan atau penerokaan berikutan kejadian luar jangka dan di luar kawalan termasuk bencana alam, peperangan, pandemik atau tindakan kerajaan yang menjadikan pelaksanaan kontrak itu mustahil.
-- BERNAMA-QNA
