DUNIA

NIAGA HADAPAN KLCI DITUTUP RENDAH

27/03/2026 09:05 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan pasaran tunai asas.

Pada penutupan, kontrak Mac 2026 dan September 2026 masing-masing turun satu mata kepada 1,709.0 serta 1,691.5. April 2026 susut 1.5 mata kepada 1,711.0, manakala Jun 2026 kehilangan tiga mata kepada 1,707.0.

Jumlah dagangan jatuh kepada 66,127 lot berbanding 72,802 yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 102,348 kontrak daripada 106,155.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 1.76 mata kepada 1,712.65 daripada 1,710.89 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan