AM

EMPANGAN BUKIT MERAH KRITIKAL PENGAIRAN TAHAP 1

29/03/2026 12:24 PM

IPOH, 29 Mac (Bernama) -- Status semasa Empangan Bukit Merah berada pada aras Kritikal Pengairan Tahap 1, iaitu 6.965 meter (m) berbanding aras berjaga-jaga 7.62 m.

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kerian di laman Facebook memaklumkan simpanan bekalan pengairan bagi empangan berkenaan ialah 18.6958 juta meter padu setakat semalam.

“Pesawah dinasihatkan untuk sentiasa mengunakan air dengan berhemat dan berjimat cermat,” menurut kenyataan itu.

Aras normal bagi prosedur operasi standard (SOP) bekalan pengairan ialah 8.69 m.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan