DUNIA

MADURO DAKWA BELIAU DAN ISTERI "BAIK, KUAT" DALAM MESEJ PERTAMA SEJAK DITANGKAP

29/03/2026 02:56 PM

CARACAS, 29 Mac (Bernama-Xinhua) -- Presiden Venezuela Nicolas Maduro berkata pada Sabtu dalam catatan media sosial bahawa dia dan isterinya, Cilia Flores, "baik, kuat (firm) dan tenang", dua hari selepas perbicaraan mahkamah di New York, lapor Xinhua.

Dalam pesanan yang disiarkan pada akaun Telegram dan X rasminya, Maduro dan Flores berkata bahawa "kini lebih daripada sebelumnya", adalah perlu untuk "terus menyepadukan keamanan negara, perpaduan nasional, perdamaian, pengampunan dan penyatuan semula dalam kalangan semua".

“Tiada sesiapa pun harus menyimpang daripada laluan dialog, kewujudan bersama dan hormat,” kata pasangan itu dalam mesej itu, kenyataan umum pertama mereka sejak ditangkap di Caracas pada Januari.

Pada 3 Jan, pasukan tentera AS melancarkan operasi besar-besaran terhadap Venezuela dan secara paksa menangkap Maduro dan isterinya sebelum membawa mereka ke New York.

Pada 5 Jan, Maduro membuat penampilan pertamanya di mahkamah di New York dan beliau mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan AS terhadapnya.

Maduro hadir semula di hadapan mahkamah yang sama pada Khamis dan hakim menafikan usulnya untuk menolak kes itu.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan