AM > BERITA

ESSCOM Lancar Sistem e-Keanggotaan, e-Demografi ESS Zone

23/09/2024 11:01 PM

LAHAD DATU, 23 Sept (Bernama) -- Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) hari ini melancarkan sistem e-Keanggotaan ESSCOM dan e-Demografi Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) secara 'in-house' bagi memudahkan tugasan warga organisasi keselamatan itu.

Komander ESSCOM Datuk DCP Victor Sanjos berkata pewujudan sistem itu didasari oleh penggunaan teknologi kecerdasan buatan.

Beliau berkata ESSCOM bukan sahaja ingin dikenali sebagai pusat keselamatan di pantai timur Sabah tetapi juga sebagai pusat maklumat di ESS Zone selain turut menetapkan dua misi utama iaitu tiada pencerobohan kali kedua dan sifar penculikan untuk wang tebusan di kawasan ESS Zone.

"Semangat seluruh warga ESSCOM diperlukan dalam merealisasikan dua misi utama ini selari dengan penjenamaan ESSCOM seterusnya menjadikan ESS Zone sebagai tempat selamat dan sejahtera,"  menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Victor juga berkata penjenamaan ESSCOM melalui logo dan benderanya serta warna peta ESS Zone adalah penting untuk mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan di kawasan itu.

"Hal itu membantu membangunkan sosioekonomi di pantai timur Sabah," katanya.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan