AM > BERITA

Tiada Warga Pendidik, Kakitangan Sekolah Di Perak Terlibat GISBH - Exco

25/09/2024 08:55 PM

IPOH, 25 Sept (Bernama) -- Tiada laporan mengenai penglibatan warga pendidik atau kakitangan sekolah di Perak dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak Khairudin Abu Hanipah berkata kerajaan negeri akan terus memantau sebarang perkembangan serta bersedia mengambil tindakan terhadap golongan itu yang didapati terlibat dengan GISBH.

“Saya yakin Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan sentiasa memantau mereka untuk memastikan tiada yang terlibat dengan isu ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Hari Terbuka dan Pesta Makanan Politeknik Ungku Omar 2024 di sini hari ini.

Polis yang melaksanakan Op Global sejak 11 Sept menyelamatkan 572 kanak-kanak dan remaja kerana disyaki menjadi mangsa eksploitasi syarikat itu.

Selain itu, polis merampas pelbagai jenis buku, dokumen dan gambar berkaitan ajaran Al-Arqam dan GISBH di Melaka serta Kelantan semasa Op Global Fasa Empat di seluruh negara Sabtu lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan