AM > BERITA

Ayam Sejuk Beku Dilucut Hak Jadi Makanan Ternakan Keli Banduan

01/10/2024 02:16 PM

KOTA BHARU, 1 Okt (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan menyerahkan sejumlah 226.7 kilogram keratan ayam sejuk beku yang dilucut hak kepada Jabatan Penjara Marang, Terengganu.

Pengarah MAQIS Kelantan Syed Fuad Syed Putra berkata bahan mentah itu untuk dijadikan makanan ternakan ikan keli di bawah Program Rehabilitasi Banduan di penjara berkenaan.

Beliau berkata ayam sejuk beku tersebut merupakan hasil sitaan pengimportan hasilan haiwan yang telah dilucut hak kerana tidak mematuhi aspek perundangan Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Kami berharap penyerahan ini dapat menampung kos bekalan bahan mentah untuk dijadikan makanan kepada ternakan ikan keli dan MAQIS menyokong penuh inisiatif Jabatan Penjara Marang dalam menjayakan Program Rehabilitasi Banduan.

"Tindakan itu merupakan satu daripada kaedah pelupusan hasilan haiwan yang disita dan telah dilucut hak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Fuad berkata MAQIS tidak akan berkompromi terhadap ketidakpatuhan terutamanya melibatkan isu biosekuriti.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan