AM > BERITA

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Sembilan Negeri Hingga 1 Pagi

03/10/2024 10:24 PM

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ribut petir dan hujan lebat diramal terus berlaku di sembilan negeri hingga 1 pagi Jumaat, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran dikeluarkan pada 8.23 malam ini, MetMalaysia memaklumkan ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Kelantan melibatkan kawasan Gua Musang serta di Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Jerantut dan Temerloh).

Selain itu, MetMalaysia meramalkan beberapa kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak, serta Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol akan mengalami ribut petir dan hujan lebat.

Di Sarawak, keadaan sama dijangka berlaku di Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu serta Miri.

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan fasa peralihan monsun bermula 24 Sept dan dijangka berterusan hingga awal November yang menyaksikan negara menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah dan berpotensi menyebabkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa singkat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan