AM > BERITA

Rasai Pengalaman Seram Di 'Screamfest 3: School Of Horror Di LWOT'

04/10/2024 02:10 PM

IPOH, 4 Okt (Bernama) -- Screamfest 3 anjuran Sunway Lost World Of Tambun (LWOT)  yang menampilkan tema ‘School of Horror’ pada tahun ini kembali dengan menawarkan elemen seram dan ngeri yang sering berlaku di sekolah bermula hari ini hingga 31 Okt. 

Menyasarkan 50,000 pengunjung, Pengurus Besar Kanan Sunway Theme Parks Nurul Nuzairi Mohd Azahari berkata 'Screamfest 3: School of Horror' akan membawa pengunjung merasai pengalaman menyeramkan dan mengerikan di lapan lokasi utama di sekolah antaranya makmal sains, perpustakaan dan tandas.

“Tema tahun ini ialah School of Horror kerana kita mahu membawa kembali kenangan seram sewaktu zaman persekolahan. Sekolah-sekolah ini ada kisah ngeri tertentu seperti benda terbang … makmal yang menakutkan ... jadi kita mahu keluarga yang hadir berkongsi dengan anak-anak mereka.

“Kita masih mengekalkan elemen kejutan dan menakutkan. Selain lapan tarikan itu, tahun ini juga kita tampil dengan gelanggang bola keranjang, balapan dan padang hoki, apa yang ingin kita terapkan ialah tarikan kekeluargaan,” katanya pada sidang media 'Screamfest 3: School of Horror' di sini semalam.

Beliau berkata orang ramai yang menginap di Lost World Hotel juga berpeluang menikmati pengalaman menyeramkan dan mengerikan di 'Screamfest 3: School of Horror' menerusi pakej yang disediakan.

“Pengunjung boleh datang ke Screamfest 3: School of Horror pada waktu malam kemudian terdapat juga pakej-pakej menarik lain yang disediakan oleh rakan kongsi kita.

"Sunway Lost World Of Tambun turut berbesar hati untuk menyampaikan penghargaan kepada penaja yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan 'Screamfest 3: School of Horror'. Ucapan terima kasih ditujukan khas kepada Rakan Kongsi Tiket Rasmi kami iaitu Trip.com kerana memudahkan serta melancarkan proses pembelian tiket untuk semua tetamu.

“Acara ini turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia, Tourism Perak, Grim Dream Studio, Sunway University Cheerleading dan Skate City Kuala Lumpur,” katanya.

'Screamfest 3: School of Horror' bakal berlangsung selama 14 hari bermula 4 hingga 31 Okt setiap Jumaat hingga Ahad dari 7.15 hingga 11 malam dan tempahan tiket boleh dibuat menerusi  https://sunwaylostworldoftambun.com/screamfest-3/

Selain itu, Nurul Nuzairi berkata lokasi Sunway Lost World Of Tambun antara destinasi menarik yang menjadi pilihan ramai untuk berkunjung pada hujung minggu kerana faktor jarak yang dekat dengan ibu negara.

“Kalau nak buat perancangan perjalanan saat akhir tiada masalah kerana hanya perlu memandu kira-kira dua jam dan apa yang lebih menarik banyak juadah enak boleh didapati di Ipoh, sama ada untuk kaum Melayu, Cina ataupun India.

“Di Lost World of Tambun kami juga ada menawarkan kepelbagaian makanan supaya bila pengunjung datang ke sini bukan sahaja berpeluang menikmati keseronokan taman tema malah boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan,” katanya. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan