AM > BERITA

Banjir Di Kedah Pulih Sepenuhnya, PPS Terakhir Ditutup

03/10/2024 12:45 PM

ALOR SETAR, 3 Okt (Bernama) -- Banjir di Kedah pulih sepenuhnya dan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup hari ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Suhaimi Mohd Zain berkata PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah di daerah Kota Setar yang dibuka pada 29 Sept lepas ditutup pada pukul 9.30 pagi tadi. 

"PPS itu sebelum ini menempatkan 89 orang daripada 25 keluarga setakat 8 pagi tadi, ditutup selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan air telah surut sepenuhnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan